assalamualaikum. detik 8.40pagi menjadi detik cemas apabila emakku menelefon mengatakan bahawa tok wan aku dah tenat. lalu aku ambil keputusan ke hospital bersama keluargaku. sayangnya, aku tidak sempat sampai sebelum arwah tok wan aku dijemput menghadap Illahi sekitar 9.30pagi. ya Allah, sungguh berat pada mulanya untuk ku terima kerana terlalu cepat arwah pergi sedangkan seminggu sebelum itu sihat walaupun tak sepenuhnya. aku & isteri ambil el dan pulang ke rumah tok untuk segala persiapan untuk pengkebumian arwah tok wan. ternyata tatkala menatap wajah arwah, aku menjadi sebak. aku kehilangan satu-satunya tok wan yang begitu ambil berat walaupun arwah seorang yang garang. aku redha kerana Allah lebih menyayanginya dan aku tak putus mendoakan kesejahteraannya di sana. al-fatihah..
assalamualaikum. malam tadi blackout masa ralit dok layan drama juvana. 15 minit jek tengok, lepas tu blackout. aku bawak anak aku lepak sembang dengan jiran di luar. memula oklah, lepas tu dia rimas la. aku bukakan baju. merengek jugak, aku balik ke rumah bagi susu. lebih kurang 10.10 malam baru ada lektrik balik. huhu.. alhamdulillah lega...
assalamualaikum. belumpun adik aku keluar hospital, jumaat malam sabtu lepas aku dikejutkan dengan tok wan aku admit gh pulak. ya Allah, bertimpa-timpa dugaanMu ya Allah.. tok wan aku dikatakan penat, tapi masih boleh berjalan. selama di hospital, tok wan dibius dan belum sedar sepenuhnya hingga harinie. adik aku pulak, alhamdulillah baru keluar tengahari semalam. appoinment untuk operation 25 julai nie..
adik aku yang kecik admit gh penang petang rabu lepas sebab demam dan muntah. dr suspek denggi, tu yang ambik darah. lastly, pagi nie dr pakar cakap adik aku kena buat operation nak buang 2 biji ketul kecik di tonsil dia. dr bagi masa 2 bulan untuk fikir. ya Allah, kalau adik aku nie buat opeartion, maknanya dia ikut jejak kakak dia yang pernah buat operation 9 tahun lepas. kalau itulah jalannya, aku redha ya Allah. harap segalanya selamat nanti, insyaAllah.. amin
erm, nie cheq nak habaq mai yang my wife & her friend buat bisnes online jual baju bebudak & dewasa. so, pada yang nak tengok, bolehlah pi kat http://qasehannascollections.blogspot.com/ naa.. terima kasih. cheq nie hanya promosi saja. huhu..
pada semua kawan ekawan di sini, salam perkenalan semula untuk kalian..
assalamualaikum. dah lama tak masuk sini, dekat setahun jugalah. anak aku pun dah setahun sebulan 26hb nie. sapa nak tengok gambor, add la jai faizal di facebook. huhu..
erm, rindunya dengan arwah uncle kamal. kali terakhir jumpa, last gathering di tm resort rasanya. al-fatihah untuk arwah..
assalamualaikum. 1 julai dah harinie. maknanya 4 bulan aku bertapa di gurun sahara mencari kekasih lama. huhu.. salam perkenalan semula buat kengkawan yang mengingati diriku ini jaipenang @ jai faizal. aku sekarang lebih senang layan facebook. tapi tak terlintas untuk tinggalkan ekawan terus. hehe.. alhamdulillah, kehidupanku kini bahagia di samping kehadiran cahayamata pertama kami, nur qaireen auni dah berusia 2 bulan 5 hari. rabong nak sembang & suka bangun awal especially time aku nak pi kerja. suasana berbeza dari bujang kepada berdua dan kini bertiga.
assalamualaikum. salam rabu. sebenarnya malas nak update. tapi sebab boring, aku masuk update blog. nak kisah tentang ragam manusia. bukan nak mengutuk, tapi realiti. jiran mak aku suruh sepupu dia tolong aku. tapi dah sebulan senyap berlalu. cakap depan aku bukan main sedap lagi, tapi hampeh. anak dia pula selalu cari gaduh dengan ayah aku. ayah aku panas baran. sekali dua ditegur tak makan saman budak tu. entah apa penyakitnya. mak bapa dah bercerai, mungkin tekanan. kerapkali bergaduh dengan adik aku, ika. mai nak kawan, kawan. mai nak gaduh, gaduh. hai.. macam-macam..
assalamualaikum. hai, malasnya nak update blog. baca / tinggalkan komen apatah lagi. minggu lepas, aku kehilangan paklong (sepupu ayah aku). paklong meninggal setelah berbulan-bulan lumpuh & 2 hari sebelum tu demam. teringat masa aku kecik-kecik dulu. paklong selalu aku pi kedai belikan rokok. kalau ada belen duit, dia bagi kat aku. kalau tak pun, 5 kupang mesti dalam tangan. paklong memang tak kedekut, murah senyuman. paling seronok bila dua pupu aku kahwin. aku & geng gotong royong basuh pinggang & buat air. orang tua dapat rokok, kami dapat duit. lebat jugak, kalau tak silap rm10. itulah kenangan terindah.. alfatihah untuk allahyarham ismail ithnin..
jz - kau pergi selepas 10 tahun pemergian ibumu. semoga kalian damai di sana. amin..
Orang JB terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai etc tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ianya dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.
Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. 2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. 3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid. 4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. 5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah. 6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan. 7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya. 8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu. 9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. wallahuallam
assalamualaikum. salam jumaat. firstly, buat nek, jai lom hajat nak ke jb lagi buat masa la nie. insyaAllah next time. maybe nek tersalah faham dengan komen bro az. bro az tak sabo nk timang baby kot?? hehe.. jangan marah nek. kita jumpa nanti.. ok, petang nie aku balik ke penaga. wallaweii.. boring la coti lelamer. bukan leh pi mana. kedai jauh.. huhu.. oh, ya.. ahad nie, insyaAllah aku akan turun ke ipoh teman wife aku pi kendori kawen kawan wife aku. turutkan jugakla, kang majok, melepas.. haha..
jz - bengang tol la.. nak memerut, tapi air lak takdak dalam toilet.. huhu
Oleh Rizanizam Abdul Hamid pengarang@utusan.com.my
MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?
Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.
Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.
Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.
Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.
Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.
Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.
“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.
Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
jz - tersentuh & sebak bila tengok & baca berita nie..
assalamualikum. pepagi dah mood hilang. mau taknya, ada surat dalam pigeon hole. bila dibuka, surat pasal aku jumpa timbalan dekan, last month. ingatkan sudah di situ, rupanya mai surat. siap sk ke dekan. luluh hati bila baca. nasib badan. mungkin ada hikmah di sebaliknya. namun, hati tetap berfikiran jahat, siapa yang busuk hati dengan aku?? alah.. manusia. bukan boleh tengok orang senang. tak cakap dengan depa sangat pun, dah complain dengan ayah aku. macam budak kecik!! aku beritahu pada ooi. dia nasihat aku agar hati-hati. nak naikkan semangat yang hilang nie bukan senang. kena ambil masa bertahun lamanya. ahaks!! alah, nak sedih-sedih apa sangat. lantaklah.. ada aku kisah?? janji kerja jalan. nak busuk hati kat aku pun busuklah. tak hairan!!
jz - hari nie pakai 3 hp dengan 3 nombor. pinjam blackberry wife aku. baru beli. teringin jugak nak bergaya. wife aku tanya, abang teringin ke?? kalau teringin, ayang nak beli. alah.. rm900 jek. huhu..
petang semalam, sementar menunggu wife aku habis kerja, aku singgah ke surau hospital untuk solat asar. setibanya di daun pintu surau, aku terlihat seorang pakcik yang tengah bersolat, tetapi mata meliar tengok sesuatu di dinding. waktu tu, imam tengah baca surah al-fatihah. kemudian, aku pi ambil wudhuk. bila nak solat, aku tengok seorang pakcik baik punya landing kat tepi dinding. aku buat tak kisah & mula bersolat. tetiba handset pakcik tu berbunyi agak kuat. aku teruskan juga solatku. sehingga rakaat ketiga handset pakcik tu masih berbunyi. tak ada siapapun menegur. bila nak habis solat, bunyi motor pulak. entah siapalah yang dok prengg.. prengg.. motor. bukan aku seorang yang solat, tetapi ramai. kalau tak kerana orang bersolat, hormatilah hospital. ramai yang sakit. ish.. bila selesai solat, aku tengok pakcik yang landing tadi dah tak ada.. mungkin dah blah..
jz - hairan, sudah tulis dilarang tidur dalam masjid / surau, tapi ada jugak yang tidur. sudah beritahu matikan / senyapkan handphone dalam surau / masjid, bunyikan jugak. ish..
DARI sehari ke sehari manifesto negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pakatan pembangkang semakin menunjukkan kebenarannya. Selepas penduduk Kampung Buah Pala hilang tapak rumah dan tanah untuk membela lembu, kini peniaga-peniaga gerai sudah mula merasa ‘kebajikan’ yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang.
Di Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau, gerai yang dibina di kaki lima jalan raya banyak jumlahnya dan jika operasi meroboh diteruskan maka identiti Pulau Pinang sendiri akan lupus ditelan masa.
Kertas manifesto berwarna-warni jika disertai dengan janji-janji manis pasti akan membuatkan rakyat terangsang untuk memilih yang terbaik sahaja.
Janji untuk memelihara kebajikan dan kepentingan rakyat boleh dibuat oleh sesiapa sahaja waima calon Bebas sekalipun.
Namun logiknya calon Bebas hanya akan menjadi calon penyendal sahaja kerana walaupun menang untuk memenuhi tuntutan setiap pengundi dan penyokong bukan perkara mudah melainkan mereka mempunyai wang yang banyak.
Mengharapkan gaji sebagai ADUN atau Ahli Parlimen hendak menanggung keluarga sendiri tidak cukup, tambah yang berpoligami.
Janji-janji pilihan raya melalui kempen dan manifesto umpama modal kertas dan air liur namun apabila memerintah pemimpin tetap perlu juga melaksanakan sesuatu pelan pembangunan. Masakan hendak menjadi kerajaan yang statik?
Menjadi pemerintah bukan semudah menjadi pembangkang. Jika menjadi pembangkang setiap kesalahan kerajaan boleh sahaja dikritik dan kalau cukup maklumat risalah-risalah mengecam diedarkan.
Semasa menjadi pembangkang, para pemimpin kerajaan dituduh sebagai rasuah, namun kisah kemajuan yang dibawa oleh kerajaan dianggap pembaziran.
Menjadi kerajaan dan menjadi pembangkang mahupun aktif sebagai aktivis adalah tiga perkara berbeza dan inilah hasil yang rakyat akan dapat apabila pemimpin yang mahir mengkritik berada di tempat di mana mereka akan mengambil giliran untuk dikritik pula.
Kini mereka pasti akan berasa empati dengan nasib pemimpin yang pernah mereka kritik dahulu.
Hukum karma walaupun bukan kepercayaan umat Islam tetap dianggap sebagai sebahagian daripada kepercayaan sesetengah dari masyarakat Malaysia.
Inilah yang dihadapi kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang. Rakyat kini sedar memerintah negara bukan sekadar mengubah kerajaan tetapi diri kita juga akan diubah dan tempat kita mencari rezeki juga akan terlibat sama.
Semasa pilihan raya, rakyat diyakini untuk memilih pemimpin kerana rakyat adalah pelanggan utama dan mereka yang patut dijanji dan digula-gula.
Sedangkan Kerajaan Malaysia bukan sahaja memberi gula-gula malah memberi nyawa kepada setiap rakyat dengan menjaga ekonomi dan wang rakyat dengan tadbir urus yang sistematik sejak 50 tahun dahulu.
Rasuah yang berlaku bukan amalan semua pihak terbabit jika semua mengamalkannya negara ini telah lama hancur sebelum cukup 50 tahun di bawah Barisan Nasional.
Jangan kerana seekor lembu yang terlepas tali pedati semua ladang diinjak-injak termasuk tempat rakyat mencari makan.
Sesungguhnya putaran roda kehidupan ini perlu tetap ke depan mencapai destinasi walaupun ia turun dan naik.
Begitu juga kerajaan yang memerintah sebelum ini di Pulau Pinang, dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu namun hari ini siapa yang merobohkan gerai orang Melayu yang selama mencari rezeki dengan aman dan sentosa sejak berpuluh tahun.
Rakyat perlu sedar kemiskinan bukan hanya kerana kita tidak dibantu oleh kerajaan tetapi diri kita sendiri yang tidak mahu berubah dan sedar dengan siapa yang mampu menjaga kepentingan bangsa walaupun sedikit kesusahan melanda.
Hari ini pemimpin yang dipilih telah sedikit demi sedikit menunjukkan ‘kebajikan’ mereka. Namun ketahuilah bahawa kebajikan bukan untuk rakyat yang mengundi mereka tetapi pelabur yang telah juga dijanjikan dengan prasarana lokasi yang strategik.
Bila menyebut perkara strategik ini, negeri Pulau Pinang yang comel ini walau mana atur letak tetap strategik dan apabila ia berkeadaan begitu pasti ada yang membuka perniagaan.
Bak kata pepatah sekali tsunami datang sekali gerai melayang. Sekali jentolak merempuh ada hati yang akan mengeluh. Apa erti kebajikan dan orang Malaysia membantu orang Malaysia.
jz - kata-kata orang lama, 'dari awal telah dijangka. namun, disebabkan ter'pengaruh' beginilah jadinya.. apa boleh buat. tunggu sajalah pilihanraya akan datang. itupun kalau melayu sudah sedar..'
AMPANG: Gelaran abang durjana layak diberikan buat seorang remaja apabila sanggup menjadikan adik kandungnya sebagai mangsa semata-mata untuk memuaskan nafsunya ketika gadis itu sedang tidur di rumah ibu saudara mereka di Pandan Indah, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, perbuatan sumbang mahram terbabit akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis sebelum abangnya yang berusia 19 tahun ditahan pada hari sama.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada awal pagi ketika mangsa yang berusia 15 tahun sedang tidur di ruang tamu rumah teres dua tingkat berkenaan.
Mangsa anak kedua daripada sembilan beradik dan ibu bapa mereka sudah bercerai menyebabkan mereka dipelihara nenek sejak kecil.
Menurut sumber polis, nenek mereka tinggal bersama seorang lagi anaknya yang juga ibu saudara kepada dua beradik terbabit.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu sebelum dia dihampiri abangnya yang secara tiba-tiba terus memeluk dan meraba tubuh mangsa.
"Ketika itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah cuba melawan dan tidak membenarkan abangnya melakukan perkara terkutuk itu, namun ternyata tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki.
"Abangnya dengan rakus membuka seluar mangsa sebelum merogolnya," katanya.
Menurutnya, ketika itu, ibu dan bapa saudara mereka berada di tingkat atas dan mangsa dikatakan diberi arahan oleh abangnya mendiamkan diri dan tidak menjerit.
"Abang mangsa meminta supaya dia tidak bersuara untuk mengelak perbuatan mereka didengari ibu dan bapa saudara mereka yang sedang tidur.
"Mangsa hanya mengikut arahan itu dan langsung tidak berani bersuara berikutan bimbang ancaman dibuat abangnya," katanya.
Difahamkan, beberapa hari sebelum kejadian rogol itu berlaku, abang mangsa pernah cuba mencabulnya dengan meraba badan mangsa, namun mangsa dikatakan takut untuk menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa.
Namun, selepas menjadi mangsa rogol abangnya, gadis terbabit akhirnya nekad membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek.
"Suspek kini direman selama lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan dan mangsa sudah menjalani pemeriksaan doktor.
"Keputusan awal hasil pemeriksaan itu menunjukkan terdapat kesan koyakan lama, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
jz - harapkan pagar, pagar makan padi. semoga kita semua dijauhkan daripada maksiat. amin.
BUKIT MERTAJAM: Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan, berdekatan Juru Autocity, di sini, semalam.
Lebih memeranjatkan, penjenayah berkenaan boleh dikatakan ‘baik hati’ apabila meletakkan ubat anti semut, gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum ditanam di belakang sebuah kilang.
Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah merah itu.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan menunggang motosikal dalam keadaan laju.
“Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah tertanam.
“Berdasarkan fizikalnya, bayi ini cukup sifat dan berambut nipis, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119 atau balai polis berhampiran.